Malaysia memiliki gunung berapi!
Gunung Maria di Tawau merupakan sebuah gunung berapi tidak aktif
Malaysia memiliki gugusan gunung berapi, itu adalah fakta yang tidak
mungkin anda temui di dalam buku teks di sekolah. Hanya kajian lanjut
diperingkat pengajian tinggi mendedahkan perkara ini.
Semenanjung
Semporna bertapak di atas gugusan lapisan tebal batuan yang mengalir di
bawahnya aliran lava dan batuan gunung berapi.
Kajian topography
menunjukkan kawasan di bahagian Tenggara, Sabah itu meliputi
pergunungan Andrassy, Lucia, Maria, Wullersdorf dan Magdalena terbentuk
mengunjur dari gugusan gunung berapi dari rantau Sulu, Filipina.
Gunung ini diberi nama Gunung Maria, dikelaskan sebagai gunung berapi
tidak aktif terletak di wilayah Bombalai, dalam daerah Tawau dengan
ketinggian 1,067 meter dari aras laut
Gunung Maria adalah jenis gunung berapi "Pyroclastic Cone" dan berstatus "Preholecene" iaitu berusia melebihi 12,000 tahun.
Terdapat banyak gunung dan bukit kecil di dalam gugusan gunung berapi di Tawau termasuklah Bukit Gemok.
Bukit Gemok umumnya adalah sebuah bukit curam disamping beberapa
dataran landai. Puncak bukit ini berada di paras 396m dari aras laut.
Senarai bukit dan gunung yang berada dalam gugusan ini di daerah Tawau termasuklah:-
- Gunung Tiger
- Gunung Bombalai
- Gunung Andrassy
- Gunung Maria
- Gunung Lucia
- Gunung Magdalena
- Quion Hill
- Gunung Wullersdorf
- Gunung Tagasan
- Gunung Glas
- Tengah Hill
- Kukusan Hill
Gunung berapi tidak aktif berhampiran Semporna ialah Gunung Pock dan Gunung Conner.
Pulau Boheydulong dan Pulau Tetagan dekat Semporna juga merupakan sebahagian dari gugusan gunung berapi tidak aktif.
Gunung Magdalena berketinggian 1,208 meter dari aras laut merupakan gunung tertinggi di gugusan itu.
Sumber
http://geology.um.edu.my/gsmpub…/BGSM/bgsm56/bgsm2010012.pdf