Berikutan interview dengan Menteri Komunikasi, Social, Entertasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabini Chiku tentang cadangan mewajibkan pengguna laman sosial Facebook didaftarkan sebagai usaha mengekang aktiviti penyalahgunaan laman siber, M'iaBini telah mengadakan satu lagi interview dengan beliau.
Pemberita MalaysiaBini = PM
Datuk Seri Ahmad Shabini Chiku = ASC
PM: Dato, betulkah goment msia planning untuk mewajibkan pendaftaran pengguna laman sosial Facebook di M'ia nie?
ASC: Betul tue! Malahan
kami akan menubuhkan lagi Jabatan Pendaftaran Facebook Negara(JPFN)! Pendaftar-pendaftar akan bekerja 24-7 untuk memberikan layanan yang terbaik!
PM: Kami juga mendapati bahawa, pengguna akan dikenakan caj untuk menggunakan FB selepas pendaftaran. Adakah berita ini benar?
ASC: Yierrr..SKMM tidak mempunyai keupayaan mengawal sepenuhnya penggunaan laman
Facebook kerana pelayan laman sosial tersebut beroperasi di Amerika
Syarikat (AS) dan ia pasti melibatkan kos yang amat tinggi. Sebab tu
JPFN akan mengenakan caj ke atas setiap pengguna yang berdaftar di bawah JPFN. Sebahagian daripada
bayaran nie pun akan menaja C4 kepada Angkatan Tentera untuk mengawal keselamatan M'ia, dan juga
membeli batu permata tuk pengguna yang paling berhemah di dalam negara.
PM: Bagaimanakah kita sebagai pengguna boleh membuat bayaran? Dan agak berapakah bayaran yang akan dikenakan?
ASC: Errr... Setakat nie kita belum ada keputusan muktamad. Tapi kebarangkalian besar kita akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi, dan bayaran akan dibuat dengan cara membeli kad prepaid FB, dimana
setiap jam akan dikenakan bayaran sebanyak 1 USD. Nie teknologi terkini! Yang pertama di dunia di mana tiada negara lain yang ada teknologi ini!
PM: Mengapakah bayaran dibuat dalam bentuk USD? Bukan wang tempatan?
ASC: Kita kan bayar kepada AS? Apa soalan bodoh nie?
PM: Soli dato. Macam manakah pendaftaran akan diwajibkan?
ASC: Nie jugak solan mudah nie. Macam dalam filem Pacific RIM,
kita akan bina satu tembok besar di sekitar M'ia dengan AS. Setiap benda masuk keluar dari FB kita periksa! Tanpa kad prepaid FB, apa jua benda tidak dibenarkan keluar dari M'ia!
PM: Oh! Teknologi terkini lagi ke nie?
ASC: Finally a smart question. Betul tu. Dato Samy yang berikan cadangan nie.
PM: Err... Kami akan berhenti di sini. Dato ada lagi sebarang hasrat untuk diucapkan kepada rakyat M'ia?
ASC: JPFN akan beroperasi bermula 1 July 2014. Kami ingin menjemput sebarang orang untuk datang interview tuk kerja sebagai pendaftar. Kerja ni mungkin susah sikit. You kena tau gunakan FB. Tapi nevermind,
JPFN akan memberikan latihan. Latihan nie pun susah sikit, u kena FB 12 jam sehari. Tapi gaji agak lumayan. Think again, and u get to surf FB for free! SO, beramai-ramai lah datang tuk interview.
PM: OK terima kasi dato. Sekian daripada M'iaBini.
_________________________________________________________________________________
(Berita ini adalah ciptaan semata-mata dan adalah palsu segala-galanya, bertujuan untuk 'troll' orang-orang yang tidak baca seluruh artikel.
Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan cadangan mewajibkan pengguna laman sosial Facebook didaftarkan,
sila layar berita tersebut. )